Sibuk macam mana pun seseorang itu, takkanlah si dia langsung tiada masa beberapa minit untuk membalas pesanan ringkas kamu.
Betul tak ?Jika hingga memakan masa dua hari sehingga seminggu itu bermakna si dia benar-benar sedang menjauhkan diri daripada kamu. Tetapi mengapa begitu ??
Jom ketahui 4 alasan mengapa si dia tidak membalas SMS kamu.
1. Mereka ditanya dengan mesej yang sama
Di telefon bimbit, mereka ditanya soalan yang sama, bayangkan daftar masuk ke facebok hanya untuk mendapati mesej yang belum dibaca dari segelintir lelaki yang bertanyakan hal peribadi seperti ‘jom keluar makan’, ‘kenapa diam saja’. Semuanya itu hanya membuatkan wanita malas untuk balas mesej.
2. Apabila wanita mendapati mereka boleh memiliki anda, maka mereka main tarik tali dengan anda
Jika seseorang wanita tahu dia boleh memiliki lelaki yang diingini maka dia mula untuk main tarik tali, dia mula bersikap acuh tak acuh. Mereka merasakan anda seorang yang sangat mudah, tiada cabaran langsung.
3. Wanita merasakan anda kaum lelaki tidak misteri, tiada daya penarik
Ada setengah wanita sukakan sikap misteri lelaki, mereka tidak sukakan lelaki yang sentiasa ingin mengongkong ataupun 24 jam berkepit dengan telefon pintar, wanita merasakan sangat rimas dengan lelaki sedemikian, mula tidak membalas mesej dan menjauhkan diri
4. Bila wanita sedang sibuk dengan kerja
Ini perkara biasa, bila seorang wanita sedang sibuk dengan karier yang sedang berkembang maka wanita tidak mahu diganggu dengan mesej ringan.
kebanyakannya 1 dgan 4 . HAHA
ReplyDeleteBiasaa kaum adam yang camtu..
ReplyDelete