Sunday, 25 January 2015

TANDA-TANDA SEBELUM MATI




Kematian mengejut boleh disebabkan sakit jantung, kemalangan atau sebab lainnya. Dalam situasi normal seperti orang sakit biasanya seseorang akan menunjukkan gejala yang menunjukkan bahawa hidupnya akan segera berakhir beberapa hari lagi

Percaya atau pun tidak hal tersebut memang sering kali terjadi, biasanya orang-orang terdekat mereka akan bercerita bahawa sebelum meninggal kerabat mereka memang akhir-akhir ini selalu melakukan kegiatan yang merupakan tanda-tanda orang meninggal.

1. Selalu gelisah.


Dia akan merasa tidak tenang dan susah tidur, selain itu dia akan seringkali beralih kedudukan tidur kiri atau kanan akibat perasaan gelisah.


2. Suka menyendiri dari tempat ramai.


Dia tidak berminat lagi terlibat dalam aktiviti sosial atau pun melakukan kegiatan kegemarannya.


3. Selalu tidur.


Seseorang akan menghabiskan banyak masa untuk tidur.


4. Kehilangan selera makan.


Seseorang hanya akan makan dan minum dalam jumlah sedikit dan berlainan dari biasanya.


5. Selalu sesak nafas.


Hal ini biasanya terjadi tiba-tiba bila seseorang sedang tidur ataupun terjaga.


6. Luka yang sukar untuk sembuh.


Luka atau jangkitan yang dialami sukar untuk disembuhkan.


7. bengkak anggota badan.


Sesetengah orang terjadinya pembengkakan di tangan, kaki atau bahagian tubuh lain.


Tanda-tanda lain


Beberapa tanda lain yang ditunjukkan oleh orang yang akan mati adalah lebih banyak tidur, hal ini untuk menjimatkant tenaga yang tinggal semakin sedikit di tubuhnya.


Ketika tenaga tersebut hilang, maka seseorang itu akan kehilangan nafsu untuk makan ataupun minum.


Proses menelan pun menjadi sukar dan mulut akan sangat kering, sehingga memaksa untuk minum akan membuatnya tersedak.


Selain itu orang akan kehilangan kawalan pada kandung bemih dan ususnya, sehingga terlihat membuncit.


Dia akan merasa kebingungan, gelisah dan tidak tenang kerana tidak dapat bernafas dengan teratur.


Ketika sel-sel di dalam tubuh mulai kehilangan sambungan, maka akan kerap mengalami kejang otot.


Waktu Sedang Nazak


Kematian semakin menjemput jika kaki dan tangan terasa sejukdan mula sedikit membiru akibat terhentinya aliran darah ke kawasan tersebut.


Tapi lama-kelamaan akan semakin menyebar ke bahagian tubuh seperti lengan, bibir dan kuku.


Selain itu pesakit menjadi tidak responsif, walaupun matanya terbuka tapi renungan matanya kosong atau tidak melihat sekelilingnya.


Setelah itu pernafasan akan terhenti sama sekali dan diikuti oleh berhentinya kerja jantung, maka secara klinikal orang tersebut sudah mati akibat tidak ada sirkulasi dan cadangan oksigen untuk menjalankan sel-sel di tubuh.


Namun kematian klinikal dapat dikembalikan melalui proses CPR (nafas bantuan), transfusi atau ventilator.


Tapi jika 4-6 minit setelah kematian klinikal tidak ada perubahan, maka itu ertinya jantung sudah tidak bekerja lagi.


Jantung sudah tidak bekerja, maka secara otomatik aliran darah dan oksigen ke seluruh tubuh dan otak juga akan terhenti.


Akibat tidak adanya dengupan oksigen dan darah ke otak, maka dalam kiraan beberapa detik otak juga akan mati dan disitulah berakhirnya perjalanan hidup seorang manusia.


Innalillahiwainnailaihirajiun

Kenapa Pertunangan Perlu Dirahsiakan



Sering kali kita melihat di laman sosial bahawa pertunangan diheboh hebohkan .Sebenarnya, pertunangan satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.

Edry KRU Mohon Aweera Merendah Diri Dan ‘Move On’




Sebelum ini, Aweera memberi kenyataan bahawa Edry Abdul Halim selaku komposer Romancinta telah membuktikan bahawa Edry suka bermain drama dengan menggunakan kumpulan muzik jalanan Caliph Busker dalam persembahan Mojo untuk finale Anugerah Juara Lagu ke-29 yang baru lepas.

Reaksi Shila Amzah Pada Tweet Sharnaaz Ahmad Mengejutkan, Namun Sharnaaz Tidak Kisah



Baru-baru ini semasa Anugerah Juara Lagu 29 berlangsung, Shila Amzah telah bertanding dengan lagu Masih Aku Cinta. Khabarnya Sharnaaz telah menghantar satu tweet kepada Shila mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu untuk persembahan yang hebat. Tweet itu mendapat ribuan Retweets dan Favorites, bagaimanapun reaksi Shila terhadap tweet Sharnaaz menimbulkan persoalan.