Monday, 26 January 2015

Pemuzik Jalanan Terkejut ‘Show’ Ditonton Tun M


Siapa yang tak berdebara kalau dapat bertentang mata dengan negarawan yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad bukan?

Itulah yang dirasakan sekumpulan penghibur jalanan (buskers) terkenal, Genji Buskers ketika sedang membuat persembahan di pusat beli-belah Avenue K, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Menerusi akaun Facebook rasmi mereka, vokalisnya yang dikenali sebagai Mustam memberitahu, sebaik sahaja menyedari kehadiran Tun Mahathir di situ, lirik nyanyiannya terus berterabur dek kerana terkejut melihat tokoh tersebut.
Rupa-rupanya, beliau sudah memerhatikan persembahan mereka selama beberapa minit.
Tun Mahathir turut meletakkan wang sebanyak RM50 ringgit ke dalam beg gitar yang disediakan untuk mengutip sumbangan daripada penonton.
Haa… apa yang menariknya, Genji Buskers bercadang untuk  membingkaikan wang tersebut sebagai kenang-kenangan.

3 comments :

  1. nak bingkai.. baek suruh yang berhormat tandatangan je terus kat duit tu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete