Kuala Lumpur – Golongan transgender secara umumnya sudah lama diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat, kata aktivis Nisha Ayub, namun pendakwaan terhadap kumpulan itu meningkat sejak 1982 sebaik saja negeri melaksanakan undang-undang Syariah ke atas mereka yang berpakaian songsang.
Nisha yang juga seorang transgender berkata, keadaan bertambah buruk selepas pihak berkuasa agama lebih giat melaksanakan peruntukan Syariah dalam menghalang lelaki berpakaian wanita.
“Contoh kes adalah di Pahang, di mana undang-undang Syariah sama hanya mula digunakan sejak setahun dua ini,” katanya.
Nisha, merupakan ahli pertubuhan pejuang hak transgender yang dikenali Justice for Sisters, berkata terdapat Persatuan “Mak Nyah” ditubuhkan pada 1987 yang mana mereka menerima geran kecil daripada Jabatan Kebajikan Sosial, tetapi hanya bertahan 3 tahun sebelum ditutup kerana menerima tentangan daripada pihak berkuasa agama.
“Ketika itu, tiada sesiapa kena tangkap, selain itu terdapat juga doktor di Kuala Lumpur yang memberi khidmat pembedahan menukar jantina.
“Ia lebih buruk sekarang. Sekarang kami ditangkap hanya kerana menghadiri kenduri kahwin dan menari di sana, kami dipenjara dan kerana undang-undang itu sendiri mereka menghalang daripada kami hidup seperti biasa,” katanya.
Nisha, 35, berkata secara umumnya masyarakat tidak mempunyai masalah dengan transgender dan menerima mereka – mengupah mereka sebagai mak andam atau untuk khidmat perkahwinan, tetapi pihak berkuasa yang menghalang mereka.
“Kes di Bahau adalah contoh. Ia sebuah kawasan pedalaman tetapi masyarakat di sana menjemput transgender untuk menari ‘joget’, malah perancang perkahwinan itu juga transgender,” katanya.
Nisha menyifatkan setengah pihak tersilap dengan melihat transgender hanya bekerja dalam industri kecantikan atau se-ks.
Bukan semua mereka sama, malah tidak semua juga bekerja sebagai perancang perkahwinan atau mak andam seperti yang dikatakan.
Sebaliknya, ramai transgender yang bekerja sebagai profesional, termasuk sebagai peguam.
“Mereka tidak boleh terbuka kerana ia akan menganggu periuk nasi mereka, tetapi ramai yang bekerja dengan syarikat antarabangsa, setengahnya penulis dan artis.
“Terlalu banyak stereotaip terhadap kami… di mana dikatakan kami ini hanya mak andam atau memakai pakaian cantik supaya dapat bekerja dalam bidang kecantikan. Tetapi itu bukan yang sebenar.
“Kami seperti orang lain juga. Kami mempunyai impian dan harapan, sama seperti orang lain juga,” katanya.Sumber www.suara.tv
Kepopularan lukisan paling terkenal di dunia ‘Mona Lisa’ tidak perlu disangkal lagi.
Lihatlah ajaibnya lukisan karya terbesar Leonardo Da Vinci ini sentiasa mencuri tumpuan gara-gara ramai yang mendakwa karya seni tersebut seolah-olah bernyawa.
Leonardo Da Vinci
Kemisterian lukisan ini sering kali menjadi tanda tanya hinggakan menjadi inspirasi ramai pihak dalam puisi, lagu dan sebagainya.
Rata-rata peminat seni lukisan tertanya-tanya sehingga kini siapakah insan sebenar disebalik ‘Mona Lisa’ ini hinggakan pelukis itu mampu memberi sentuhan terhebat menerusi karya tersebut.
Namun, muncul pula pelbagai pendapat yang kononnya Monalisa adalah wanita dari Itali iaitu Lisa del Giocondo dan ada juga yang berpendapat Monalisa adalah ibu kandung da Vinci sendiri.
Terbaru, muncul pula dakwaan berasaskan penyelidikan oleh sejarawan dan novelis Itali, Angelo Paratico yang memaklumkan ibu Leonardo Da Vinci adalah subjek dalam lukisan ‘Mona Lisa’ dan berkemungkinan adalah hamba dari China.
Angelo Paratico
Kajian yang dijalankan selama dua tahun ini akan digarapkan dalam buku terbarunya, ‘Leonardo Da Vinci: A Chinese Scholar Lost in Renaissance Italy’ (Leonardo Da Vinci: Cendekiawan China Hilang Pada Zaman Renaissance Itali).
Buku yang dijangka akan diterbitkan tahun depan mendedahkan hubungan Da Vinci dengan wilayah Timur Jauh.
Menurut Paratico, dia telah menghabiskan masa selama 20 tahun di Hong Kong dan yakin pelukis itu berasal dari Asia.
Dalam buku tersebut Paratico turut mendedahkan beberapa faktor yang menunjukkan pelukis terkenal itu, Leonardo da Vinci berketurunan Cina.
“Antaranya, dia menulis dari kiri ke kanan dengan menggunakan tangan kiri dan juga vegetarian.
“Mona Lisa mungkin potret ibunya, seperti yang dikatakan Sigmund Freud pada 1910. Lukisan itu berlatarbelakangkan China, bahkan wajahnya juga mempunyai ciri-ciri wanita Cina,” kata Paratico
Sumber mynewshub.cc
Agak kreatif pengolahan plat kenderaan MCM 1774 yang dilakukan ke atas kereta mewah Audi A5 yang dihadiahkan Shaheizy Sam kepada ibunya, pelakon Khaty Fauziah.
Tetapi undang undang tetap undang undang2kan? Berita Harian hari ini melaporkan yang pelakon itu telah disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika memandu kenderaan itu di Lebuhraya DUKE baru baru ini kerana plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi.
“Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak istimewa kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas”
“Mummy akan meminta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi,” ujar Khaty mengulas.
Buat anda yang masih menggunakan plat kenderaan penuh kreatif nampaknya boleh menukar ke spesifikasi yang telah ditetapkan, siapa tahu bila pula giliran anda terserempak dengan pegawai JPJ, kalau terlambat tiada guna menyesal
Sumber www.rotikaya.com
PETALING JAYA: Pelakon Raja Ilya mendedahkan diganggu makhluk halus ketika penggambaran filem seram berjudul Jelmaan yang dilakukan di Yogjakarta, Indonesia awal November lalu.
Raja Ilya, 29, berkata, makhluk halus tersebut mengganggunya ketika dia sedang berehat di bilik hotel sehingga menyebabkan dia meracau dan tidak boleh melelapkan mata kerana ketakutan.
"Kami menjalani penggambaran selama sepuluh hari di tempat-tempat yang memang dikenali sebagai berhantu seperti di Borobudur, Candi Prambanan, Parangtritis dan Gunung Merapi.
Ketika dua hari terakhir iaitu di Gunung Merapi ibu jari kaki saya kebas dan ketika di hotel saya meracau-racau dan menangis kerana ketakutan," ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, situasi tersebut dikawal oleh seorang pengamal perubatan tradisional yang disediakan khas untuk menjaga kru produksi sepanjang pengambaran berlangsung.
Tambah Raja Ilya, perkara yang sama terjadi sekali lagi ketika dia diminta melakukan adegan dirasuk di sebuah bangunan lama peninggalan penjajah Belanda.
"Hari terakhir penggambaran saya diminta melakukan adegan seperti dirasuk ketika itu pula berada dalam bangunan lama tempan rakyat Indonesia dibunuh oleh penjajah.
"Suasana bangunan itu memang seram, selepas saya selesai adegan itu, seluruh anggota badan saya menggigil tidak boleh berhenti. Saya terus berlari meminta bantuan," ujarnya.
Ia merupakan pengalaman pertamanya diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran.
Filem yang akan disiarkan di Astro First Eksklusif itu dibintangi oleh Keith Foo, Mia Sara dan Rayqal Iskandar.
sumber www.mstar.com.my
Tahukah anda kebijakan penduduk di sebuah kampung yang bernama Yelwa di Nigeria menggunakan bahan binaan yang murah untuk membina sebuah rumah hanya dengan menggunakan botol plastik adalah sangat menakjubkan dan mungkin tidak terfikir oleh kita yang menyangkan diri kita lebih bijak pandai dari mereka.
Kini lebih daripada 20 buah rumah telah dibina dengan botol plastik di kampung tersebut.
Setiap botol plastik diisi dengan tanah kering dan kemudiannya dipadatkan dengan kayu untuk membentuk sejenis 'bata' yang boleh diletakkan sebelah menyebelah dan di atas satu sama lain. Teknologi "botol bata" bermula di India, Selatan dan Amerika Tengah, satu cara pembinaan yang kos yang murah serta mesra alam.
Sumber karyaagungnetwork.blogspot.com
Kuala Lumpur – Tindakan seorang anggota polis trafik membantu menukar tayar kende-raan dipandu seorang wanita yang pancit biarpun sibuk menjalankan tugas menjadi viral di dalam laman-laman media sosial termasuk Facebook.
Keikhlasan anggota polis tersebut yang bernama Hamizon itu jelas terlihat apabila menolak pemberian wang sebagai balasan kepada bantuan yang diberikan oleh suami wanita tersebut.
Menurut pemilik akaun Facebook, Jay Sheelan dalam satu entrinya menyatakan dia tersentuh dengan sikap itu dan berharap ada lebih ramai lagi seperti Hamizon.
Jelasnya, semasa kejadian isterinya memandu kereta berseorangan manakala dia pula sedang dalam perjalanan ke Jalan Kuching.
“Sebelum saya tiba ke lokasi, anggota itu sedang membantu isteri saya menukar tayar. Selepas selesai, saya menghulurkan wang atas pertolongan itu tetapi ditolak secara baik sambil berkata, hari ini saya tolong awak, sekarang giliran awak pula menolong orang lain.
“Terima kasih banyak Shamizon (tidak pasti sama ada nama itu betul atau tidak). Gembira kerana polis trafik mempunyai pegawai seperti ini dan saya bertuah kerana dapat bertemu dengannya,” katanya.
Di dalam akaun Facebook Jay juga turut memaparkan gambar anggota tersebut yang kemudian mendapat pujian daripada pelbagai pihak.
Sementara itu, Utusan Malaysia turut mengesan satu komen daripada anak anggota tersebut Nurul Najihah yang memperbetulkan nama bapanya itu adalah Hamizon bukan Shamizon.
“Itu ayah saya Encik Hamizon.. Haha papa famous (terkenal) lah,” ujarnya.
Kenyataan Nurul Najihah itu yang tersiar di dalam akaun Facebook Friends of BN – Barisan Nasional mendapat respons daripada Jay dan mengucapkan terima kasih banyak dan berharap dapat berjumpa dengan Hamizon sekali lagi.
Sumber www.suara.tv