Monday 29 December 2014

HUKUM WANITA MENGUKIR HIASAN PADA TANGAN MENGGUNAKAN INAI




Bagaimana hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.

Sunday 28 December 2014

Pekara Yang Membawa Wanita ke SYURGA




Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

sebab lelaki akan keluarkan air mata !




Lelaki dikenali sebagai makhluk yang kuat. Pandai sembunyikan perasaan dan tidak mudah menangis berbanding wanita. Namun, kenyataan ini boleh disangkal kerana terdapat beberapa situasi lelaki akan menangis walaupun mereka sukar menitiskan air mata.

1. Kematian insan yang tersayang 

Siapakah yang tidak rasa hiba apabila kehilangan orang yang disayangi? Hal ini normal ketika melihat lelaki menangis disebabkan kehilangan orang tersayang, kematian ibu bapa mahupun teman. Jarang sekali lelaki yang tidak menitiskan air mata akibat perkara ini.

2. Kematian haiwan peliharaan 

Walaupun sekadar haiwan peliharaan, lelaki yang sukakan binatang juga akan menitiskan air mata apabila kehilangan haiwan kesayangan. Terutama apabila haiwan itu sudah lama menghabiskan masa bersama.

3. Melihat orang tersayang sengsara 

Lelaki walaupun hatinya keras, mereka akan tewas jika melihat kesengsaraan orang tersayang. Mereka pasti menangis apabila teman atau keluarga kesayangan memilih jalan yang salah. Lelaki akan rasa sedih melihat adiknya yang mengambil dadah atau teman wanitanya yang sakit.

4. Ditinggalkan kekasih hati 

Setiap orang akan rasa sayu dan hiba saat ditinggalkan. Lelaki juga akan tetap menangis apabila ditinggalkan orang tersayang. Akibat kekecewaan dan sakit hati pada tahap kritikal, mereka akan menitiskan air mata kerana tidak dapat menerima kenyataan itu.

5. Pasukan yang diminati kalah 

Kajian menunjukkan ramai lelaki yang meminati sukan. Misalnya, bola sepak, badminton, bola keranjang atau sepak takraw. Bagi peminat tegar permainan ini, lelaki akan rasa melahirkan rasa hampa dan menangis kecewa jika pasukan yang diminati kalah dalam pertandingan.

6. Apabila diterima lamaran 

Lelaki biasanya yang memulakan langkah untuk menambat hati kekasih. Air mata mereka bukan lahir pada saat sedih saja, tetapi juga pada waktu lamaran mereka diterima wanita yang dicintai. Saat yang luar biasa ini menyebabkan lelaki boleh menangis kerana gembira yang teramat.

7. Kelahiran anak pertama 

Wanita mahupun lelaki pasti gembira jika mendapat sesuatu yang berharga dalam hidup mereka. Terutama kehadiran anak lelaki pertama yang pastinya memberikan impak besar dalam rumah tangga. Lelaki pasti akan menangis tanda gembira melihat anak pertamanya lahir.

Saturday 27 December 2014

Kelebihan Solat Tahajjud




Satu cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah ialah dengan bangun mengerjakan ibadah, khususnya sembahyang tahajud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi, satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan. 

Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan




SELALUNYA Tuhan akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak.

Friday 26 December 2014

Kisah Si Tukang Pancung Kepala di Arab Saudi.




Tukang pancung kepala terkemuka Arab Saudi untuk penjenayah yang dihukum mati tidak begitu risau apabila kerajaan ingin mengubah hukuman menggunakan pasukan menembak.“Ia tidak akan meletakkan saya hilang kerja,” Muhammad Saad Al-Beshi berkata dalam satu temu bual dengan Okaz / Saudi Gazette.

KELEBIHAN SOLAT DHUHA




Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Thursday 25 December 2014

MAKSUD - MAKSUD BUNYI HON !




Pernah tak masa memandu kadang2 kita dengar kereta yang berselisih atau belakang kita bunyikan hon.
. percaya atau tidak.. setiap bunyi hon tu ada maksud tertentu..

Wednesday 24 December 2014

10 Kesalahan Ketika Dalam Solat Yang Tidak Kita Sedari



Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.

7 CARA TIDUR YANG MENYIHATKAN



Gangguan tidur merupakan salah satu masalah kesihatan yang boleh menimpa siapa saja. Kurang tidur tidak hanya membuat anda mudah mengantuk, tetapi juga mempengaruhi keadaan kesihatan secara keseluruhan.

Tuesday 23 December 2014

Kenapa Kita Kena Selalu Baca Dan Mendengar Al-Quran



Sebagai umat Islam, seperti yang kita semua ketahui bahawa rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam yang kita anuti.

Rahsia Di Sebalik Larangan Makan Dan Minum Secara Berdiri Oleh Rasulullah S.A.W

Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna.

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan




Mengenal wanita menerusi dari cara berjalan, dimana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu dalam aspek pergaulan.

Ketahui Proses Penentuan Jantina Bayi Mengikut Al-Quran



Di dalam Proses Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau pun ibu

SUNNAH RASULULLAH SAW YANG SERING DILUPAKAN



Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam baik perkataan, perbuatan, ataupun persetujuan.

Monday 22 December 2014

Perkara Yang Anak Perempuan Patut Tahu Apabila Mencecah Usia 10 Tahun



Anak adalah anugerah terindah yang diberi oleh Ilahi kepada kita. Memiliki anak perempuan adalah amat berbeza dengan anak lelaki. Lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai hanya seorang anak perempuan sahaja didalam keluarga.

Mengapa Wanita Tidak Membalas Mesej?



Sibuk macam mana pun seseorang itu, takkanlah si dia langsung tiada masa beberapa minit untuk membalas pesanan ringkas kamu.

Panduan Apabila Mendapat Mimpi Buruk



Bagi sesetengah orang, mimpi hanyalah mainan tidur dan mimpi juga mungkin merupakan tanda sesuatu yang bakal terjadi. Namun, apa yang perlu kita lakukan apabila mendapat mimpi yang buruk?

Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung



Apabila ditanya kepada golongan lelaki tentang peranan mereka apabila mendapati isteri yang disayangi hamil, rata-rata mengakui tahu tentang peranan yang harus dipikul.

Kehebatan Kalimah Bismillah !



Boleh dikatakan setiap masa kita menyebut kalimah Bismillah sebelum kita melakukan urusan harian. Namun, berapa ramai yang di antara kita mengetahui kehebatan kalimah tersebut? Adakah hanya pandai menyebut kalimah tersebut di bibir sahaja?

Berikut antara kelebihan-kelebihan Bismillah :


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah S.W.T. turunkan melalui pengantaraan Jibrail. 

2. BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu denganBISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAHditurunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi) 

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
 
4. Demi Allah dan keagungan-Nya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri keberkatan ke atasnya. 

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas‘ud berkata : "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari." 

7. Setiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Sesiapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. 

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan 
terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

12. Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian. 

13. Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya. 

15. Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya. 

16. Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh. 

17. Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillahapabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam.

Sunnah Menyimpan Janggut



Adakah kita tergolong dalam kalangan  lelaki yang gemar menyimpan janggut? Jika ya, itu adalah satu perkara yang amat baik kerana Rasulullah SAW pun turut menyimpan janggut.

Sunday 21 December 2014

KAUM YANG DIMUSNAHKAN ALLAH S.W.T



Di dalam Al-Quran sendiri telah banyak menceritakan mengenai kisah bagaimana umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari ajaran oleh utusan-Nya dan melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh ALLAH. Sebagai umat Islam , kita sewajibnya mentaati suruhan-Nya dan meninggalkan larangan yang dimurkai oleh ALLAH S.W.T.

Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Mendirikan Masjid.




 ALLAH SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian. Islam turut memberi panduan bagi golongan yang ingin berkahwin. Jika mereka miskin, ALLAH akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya.

Tanda-Tanda Tidak Mendapat Keberkatan Dalam Hidup



Keberkatan rezeki adalah perkara penting yang mesti diutamakan dalam hidup. Rezeki bukanlah hanya sekadar wanghartamakanan dan minuman. Namun sebaliknya jodohanakpangkatnama baik,kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Kanak-kanak Islam Yang Ajaib Pernah Mengemparkan Dunia


Semestinya impian setiap ibu bapa dalam dunia ini mahukan anak yang sihat tubuh badan, mampu menjadi anak soleh/solehah, dan anak yang baik. Perkara ini sememangnya tidak mustahil kerana terdapat surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh dibaca oleh ibu bapa semasa anak dalam kandungan dan juga ketika ini terdapat teori-teori tentang amalan untuk ibu mengandung bagi mendapatkan anak yang baik. 

Allah S.W.T maha berkuasa keatas manusia bahkan seluruh makhluk dan hidupan diatas muka bumi ini. Ini terbukti apabila lima kanak-kanak yang ini berjaya menggemparkan dunia. Siapakah mereka sebenarnya?

Berikut 5 Anak Ajaib Islam Yang Mengemparkan Dunia:

1. Akrit Jaswal

 

Akrit Jaswal yang mempunyai IQ 146 (manusia terpintar di India) sejak berusia 7 tahun ia sudah mampu melakukan operasi pembedahan secara otodidak

2. Sayyid Muhammad Husein Tabataba’i

 

Sayyid Muhammad Hussein Tabataba’i seorang kanak-kanak yang sudah berjaya menghafal surat-surat dalam Al-Qur’an dan mampu menafsirkannya. Beliau juga telah menerima gelaran Doktor di usia tujuh tahun di Hijaz Collage Islamic University di UK.

3. Abdurrahman Farih

 

Di bumi Aljazair, ada anak genius yang berusia tiga tahun bernama Abdurrahman Farih mampu menghafal Al Quran hanya mendengar orang lain membaca Al Quran sejak ia masih di dalam kandungan ibunya.

4. Ali Yakubov

 

Di Rusia kemunculan ayat-ayat ‘Al Quran” di sekitar tubuh bayi yang berusia sembilan bulan bernama Ali Yakubov, telah membuat 2000 orang Muslim dari kawasan utara Rusia mendatangi untuk melihatnya.

5. Syarifuddin Khalifah


Pada usia satu setengah tahun, beliau sudah mampu menghafal Al-Quran dan juga mampu mendirikan solat lima waktu. Beliau yang dimaksudkan adalah Syarifuddin Khalifah, seorang anak ajaib, lahir di Arusha, di bahagian utara Tanzania (sebuah negara di Afrika Timur). Apa yang lebih mengejutkan apabila dia bukanlah seorang anak dari ibubapa yang beragama Islam. Beliau telah mengislamkan lebih dari ribuan orang.

Hukum Mencukur Bulu Kening

 




Memang tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum hawa yang mempunyai masalah dari segi keningnya yang lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Perbuatan 'Baik' Yang Mungkin Membawa Padah




Umum telah mengetahui bahawa tabiat yang tidak baik adalah seperti merokok, tidak bersenam dan meminum minuman beralkohol memberikan kesan buruk terhadap kesihatan.

Keadaan Seseorang Di Dalam Kubur

  


Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satu lagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?”

Monday 15 December 2014

Pondan Mendakwa Ditindas Kerana Hukum Islam

Kuala Lumpur – Golongan transgender secara umumnya sudah lama diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat, kata aktivis Nisha Ayub, namun pendakwaan terhadap kumpulan itu meningkat sejak 1982 sebaik saja negeri melaksanakan undang-undang Syariah ke atas mereka yang berpakaian songsang.

Nisha yang juga seorang transgender berkata, keadaan bertambah buruk selepas pihak berkuasa agama lebih giat melaksanakan peruntukan Syariah dalam menghalang lelaki berpakaian wanita.

“Contoh kes adalah di Pahang, di mana undang-undang Syariah sama hanya mula digunakan sejak setahun dua ini,” katanya.

Nisha, merupakan ahli pertubuhan pejuang hak transgender yang dikenali Justice for Sisters, berkata terdapat Persatuan “Mak Nyah” ditubuhkan pada 1987 yang mana mereka menerima geran kecil daripada Jabatan Kebajikan Sosial, tetapi hanya bertahan 3 tahun sebelum ditutup kerana menerima tentangan daripada pihak berkuasa agama.

“Ketika itu, tiada sesiapa kena tangkap, selain itu terdapat juga doktor di Kuala Lumpur yang memberi khidmat pembedahan menukar jantina.

“Ia lebih buruk sekarang. Sekarang kami ditangkap hanya kerana menghadiri kenduri kahwin dan menari di sana, kami dipenjara dan kerana undang-undang itu sendiri mereka menghalang daripada kami hidup seperti biasa,” katanya.

Nisha, 35, berkata secara umumnya masyarakat tidak mempunyai masalah dengan transgender dan menerima mereka – mengupah mereka sebagai mak andam atau untuk khidmat perkahwinan, tetapi pihak berkuasa yang menghalang mereka.

“Kes di Bahau adalah contoh. Ia sebuah kawasan pedalaman tetapi masyarakat di sana menjemput transgender untuk menari ‘joget’, malah perancang perkahwinan itu juga transgender,” katanya.

Nisha menyifatkan setengah pihak tersilap dengan melihat transgender hanya bekerja dalam industri kecantikan atau se-ks.

Bukan semua mereka sama, malah tidak semua juga bekerja sebagai perancang perkahwinan atau mak andam seperti yang dikatakan.

Sebaliknya, ramai transgender yang bekerja sebagai profesional, termasuk sebagai peguam.

“Mereka tidak boleh terbuka kerana ia akan menganggu periuk nasi mereka, tetapi ramai yang bekerja dengan syarikat antarabangsa, setengahnya penulis dan artis.

“Terlalu banyak stereotaip terhadap kami… di mana dikatakan kami ini hanya mak andam atau memakai pakaian cantik supaya dapat bekerja dalam bidang kecantikan. Tetapi itu bukan yang sebenar.

“Kami seperti orang lain juga. Kami mempunyai impian dan harapan, sama seperti orang lain juga,” katanya.

Sumber www.suara.tv

Ketahui Siapakah Disebalik Potret Mona Lisa

Kepopularan lukisan paling terkenal di dunia ‘Mona Lisa’ tidak perlu disangkal lagi.

Lihatlah ajaibnya lukisan karya terbesar Leonardo Da Vinci ini sentiasa mencuri tumpuan gara-gara ramai yang mendakwa karya seni tersebut seolah-olah bernyawa.


Leonardo Da Vinci
Kemisterian lukisan ini sering kali menjadi tanda tanya hinggakan menjadi inspirasi ramai pihak dalam puisi, lagu dan sebagainya.

Rata-rata peminat seni lukisan tertanya-tanya sehingga kini siapakah insan sebenar disebalik ‘Mona Lisa’ ini hinggakan pelukis itu mampu memberi sentuhan terhebat menerusi karya tersebut.

Namun, muncul pula pelbagai pendapat yang kononnya Monalisa adalah wanita dari Itali iaitu Lisa del Giocondo dan ada juga yang berpendapat Monalisa adalah ibu kandung da Vinci sendiri.




Terbaru, muncul pula dakwaan berasaskan penyelidikan oleh sejarawan dan novelis Itali, Angelo Paratico yang memaklumkan ibu Leonardo Da Vinci adalah subjek dalam lukisan ‘Mona Lisa’ dan  berkemungkinan adalah hamba dari China.


Angelo Paratico
Kajian yang dijalankan selama dua tahun ini akan digarapkan dalam buku terbarunya, ‘Leonardo Da Vinci: A Chinese Scholar Lost in Renaissance Italy’ (Leonardo Da Vinci: Cendekiawan China Hilang Pada Zaman Renaissance Itali).

Buku yang dijangka akan diterbitkan tahun depan mendedahkan hubungan Da Vinci dengan wilayah Timur Jauh.

Menurut Paratico, dia telah menghabiskan masa selama 20 tahun di Hong Kong dan yakin pelukis itu berasal dari Asia.

Dalam buku tersebut Paratico turut mendedahkan beberapa faktor yang menunjukkan pelukis terkenal itu, Leonardo da Vinci berketurunan Cina.

“Antaranya, dia menulis dari kiri ke kanan dengan menggunakan tangan kiri dan juga vegetarian.

“Mona Lisa mungkin potret ibunya, seperti yang dikatakan Sigmund Freud pada 1910. Lukisan itu berlatarbelakangkan China, bahkan wajahnya juga mempunyai ciri-ciri wanita Cina,” kata Paratico

Sumber mynewshub.cc

Kerana Guna Plat Kenderaan MOMMY Ibu Shaheizy Sam Disaman

Agak kreatif pengolahan plat kenderaan MCM 1774 yang dilakukan ke atas kereta mewah Audi A5 yang dihadiahkan Shaheizy Sam kepada ibunya, pelakon Khaty Fauziah.

Tetapi undang undang tetap undang undang2kan? Berita Harian hari ini melaporkan yang pelakon itu telah disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika memandu kenderaan itu di Lebuhraya DUKE baru baru ini kerana plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

“Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak istimewa kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas”



“Mummy akan meminta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi,” ujar Khaty mengulas.

Buat anda yang masih menggunakan plat kenderaan penuh kreatif nampaknya boleh menukar ke spesifikasi yang telah ditetapkan, siapa tahu bila pula giliran anda terserempak dengan pegawai JPJ, kalau terlambat tiada guna menyesal

Sumber www.rotikaya.com