Memang tidak dinafikan bahawa ada di kalangan
kaum hawa yang mempunyai masalah dari segi keningnya yang lebat atau nipisnya
atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.
Sejak dari zaman nabi lagi telah ada persoalan
mengenai pengubahsuaian ini sehinggakan ada hadis-hadis Rasulullah S.A.W. yang
menjelaskan hukumnya.
Syara' telah menjelaskan bahawa adalah haram
bagi seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana ianya bererti merubah
ciptaan Allah. Mengubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam
Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan
Islam mempunyai identiti yang tersendiri dalam soal perhiasan.
Di dalam sebuah hadis yang
sahih telah melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambutnya dan
meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan
mencukur bulu kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat
yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah
menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti
lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras
rupa seseorang perempuan.
Perkara ini membabitkan
satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq
pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa
parasnya sangat jelita.Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum
seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan
menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada
pada dirimu sedaya yang kamu mampu."
Hadis kedua diriwayatkan
oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw
bersabda bermaksud:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening
atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu
keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan
cantik.
Perbuatan-perbuatan yang
disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama,
Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti
bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk
menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun
demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka(kecuali
untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah
menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.
Aisyah r.a menjawab:
"Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu".
Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa
maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk
menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Jelas di sini adanya
keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu
yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya. Ini
kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal
kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Pendapat ini perlu kepada
perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut
biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita
ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana
kening adalah sebahagian daripada wajah.
Para ulama’ berpendapat
harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan
mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata
atau bersambung antara dua kening. Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis
itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.
Sementara ulama madzhab
Hanbali berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya,
mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya,
apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias.
Harus diperhatikan di sini
ayat yang 'diboldkan'itu, dengan izin suami dan sudah tentu di dalam
rumahnya,jika diluar rumah sudah tentu tidak dibenarkan syara’.
Berikut adalah fatwa yang
dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin : Menghilangkan bulu
alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa
besar, kerana Rasulullah SAW bersabda,
“La’anallaHul waashilata
wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal
mustawsyimah” yang ertinya “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang
rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan
wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo (HR. Bukhari dan Muslim)
Oleh kerana itu hendaklah
setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita
berusaha menjauhi perbuatan tersebut.
Kesimpulannya, berhias
untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau
mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan.
Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka
seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita
bersuami atau tidak.
Dalam keghairahan wanita
mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai
terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan
bercanggah dengan syarak akan mengundang laknat Allah.
Sebagai wanita muslimah
yang menjunjung syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak sewajarnya kita
terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri.
Kerana kecantikan zahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi
Allah SWT. Wajah kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan
Allah tidak memandang jasad yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya
adalah hati kita. Maka perindahkan hati dan besihkan jiwa kita sebelum kita
mencantikkan luaran kita. Sementara untuk mencantikkan rupaparas, hendaklah
kita mengambil kira pandangan Allah dan RasulNya, jangan sesekali kita
membelakangkan Tuhan dalam urusan hidup kita.
0 comments :
Post a Comment