Umum telah mengetahui bahawa tabiat yang tidak
baik adalah seperti merokok, tidak bersenam dan meminum minuman beralkohol
memberikan kesan buruk terhadap kesihatan.
Namun tetapi terdapat juga perbuatan baik yang boleh mendatangkan bahaya terhadap badan kita.
1. Penggunaan cecair pembasuh tangan secara
kerap
Richard Gallo, MD, PhD, ketua bahagian
Dermatology di University of California, San Diego, telah menyatakan bahawa sebaiknya
menggelakkan penggunaan cecair pembersih tangan yang kerap. Telah dijelaskan dlam
satu kajian bahawa cecair pembersih mengandungi triklosan yang membuat bakteria
menjadi kebal dan berkembang lebihcepat. Hal ini juga berlaku pada semua sabun
pencuci tangan yang mengandungitriklosan. Oleh kerana itu, Gallo menyarankan
untuk mencuci tangan dengan sabun atau yang mengandungi alkohol minimum 60%
kerana boleh membunuh bakteriasehingga 99%.
2. Sering kali menukar produk kecantikan
Jody Levine,seorang dermatologis dari New York
telah menjelaskan bahawa hasil yang lama membuatkan anda mencuba pelbagai
produk kecantikan, bermula dari ubat jerawat sehinggalah pemutih kulit.
"Wanita biasanya mudah bosan dengan rutin
kecantikan mereka, terutamanya jika mereka tidak mendapat hasil dengan cepat seperti
yang diingini. Perlu diketahui bahawa, produkkecantikan akan memberikan hasil
dalam sekitar enam atau lapan minggu selepaspenggunaannya, "ujar Levine.
Mencuba pelbagai jenis produk kecantikan akan
menyebabkan kulit merah, warna kulit yang tidak sekata dan kulit berbekas.
"Biasanya kulit seseorang berubahmenjadi sangat sensitif ketika mencuba
terlalu banyak produk. Hal ini keranatingginya kandungan pewangi dan
pembersihan dalam produk tersebut, "tambahLevine.
3. Memakai flip flop slippers
Ketika ingin mengelak dari kasut bertumit tinggi,
anda pun memilih selipar jepun. Malangnya, menurut Jordana Szpiro, seorang
podiatrist di Boston, kebiasaan tersebut tidak memberikan apa-apa pengaruh
baik, bahkan berbahaya.
"flip flop slippers tidak memberi sokongan
kepada struktur kaki dan boleh menyebabkan patah tulang kerana kaki menjadi
tegang kerana disebabkan cuba menahan berat badan," jelas Szpiro.
Selain itu, otot-otot pada bahagian depan tulang
kering (tibialis anterior) bekerja lebih keras daripada ketika kita berkaki
ayam kerana jari-jari kaki cuba menahan selipar supaya tidak 'bergerak' ke
mana-mana. Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika anda memilih selipar jepun
dengan penutup tumit, bertali besar serta mempunyai lengkungan pada telapak
kaki(mengikut bentuk tapak kaki).
4. Menggosok gigi selepas makan
Memang tidak dinafikan bahawa memberus gigi
terbukti boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut. Namun para pakar gigi tidak
menyarankan untuk terus memberus gigi selepas makan kerana beberapa jenis
makanan dan minuman seperti kopi, buah, atau minuman ringan mempunyai kandungan
asid yang tinggi.
"Jika terus memberus gigi selepas minum
minuman berkarbonat atau makan makanan yang masam, gigi boleh terhakis,"
kata Meinecke, jurucakap Academy of General Dentistry. Supaya tidak berlaku
hakisan yang boleh mengakibatkan menipisnya lapisan gigi, sebaiknya anda
berkumur dahulu untuk meneutralkan kandungan asid dalam mulut. Tunggu lebih
kurang satu jam sebelum memberus gigi.
5. Latihan senamn kardio untuk mengurangkan berat
badan
Anda ternyata salah jika berfikir dengan latihan
kardio sahaja boleh menurunkan berat badan dengan mudah. Menurut Joseph
Ciccone, DPT, CSCS, seorang ahli terapi di Columbia Doctors Eastside Sports
Therapy di New York, "Jika anda hanya melakukan latihan kardio maka tubuh
akan terbiasa dengan rutin tersebut dan mula membakar lemak lebih sedikit dari
masa ke semasa."
Selain itu, melakukan gerakan kardio dngan secara
terus-menerus juga boleh membuat otot-otot tegang dan cedera. Sebaiknya lakukan
beberapa gerakan sukan lain dan sesekali rehatkan diri anda untuk menjaga
denyutan jantung sentiasa stabil. Bahkan menurut Ciccone, mempelbagaikan jenis
sukan, seperti berjoging dan kardio, dapat mengurangkan kalori dengan lebih
banyak.
0 comments :
Post a Comment