Tuesday, 27 January 2015

CARA UNTUK MINUM LEBIH BANYAK AIR SETIAP HARI





Untuk kesihatan tubuh badan, minum 8 gelas sehari merupakan batasan agar kesimbangan cecair tubuh terjaga. Tidak ramai yang amalkan minum 8 gelas sehari malah ada yang tidak minum air langsung. Bagaimana untuk membuatkan seseorang minum 8 gelas sehari.

Letak botol air dekat dengan anda

Selain menjadi peringatan, ini juga akan memudahkan anda untuk minum air.

Minum segelas penuh air beberapa kali dalam sehari

Sebelum makan, selepas bangun tidur dan saat akan tidur adalah masa yang baik untuk meminum segelas air.

Jadikan air putih pengganti pilihan minuman anda

Anda mungkin lebih gemar minuman manis seperti soda atau minuman ringan lain. Jika keinginan untuk minum minuman kesukaan anda, cuba minum air terlebih dahulu sebelum minum minuman lain.

Beli air dalam bungkusan yang cukup mahal

Anda akan berasa bersalah jika tidak menghabiskan air dalam bungkusan yang mahal, ini boleh menjadi motivasi untuk minum lebih banyak. 


Tambah potongan buah segar atau sayur dalam air

Lemon atau limau nipis paling sering ditambah pada air, cubalah dengan buah atau sayur lain seperti strawberi, tembikai, anggur ataupun daun mint.

0 comments :

Post a Comment