Sunday, 25 January 2015

Reaksi Shila Amzah Pada Tweet Sharnaaz Ahmad Mengejutkan, Namun Sharnaaz Tidak Kisah



Baru-baru ini semasa Anugerah Juara Lagu 29 berlangsung, Shila Amzah telah bertanding dengan lagu Masih Aku Cinta. Khabarnya Sharnaaz telah menghantar satu tweet kepada Shila mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu untuk persembahan yang hebat. Tweet itu mendapat ribuan Retweets dan Favorites, bagaimanapun reaksi Shila terhadap tweet Sharnaaz menimbulkan persoalan.

Thursday, 22 January 2015

BENARKAH ORANG KURUS ITU CANTIK ?



KURUS atau Langsing menjadi impian semua orang, baik lelaki mahupun wanita. Sering kali cantik itu dikaitkan dengan kurus. Kurus itu cantik. Dua benda yang sangat sinonim. 

Hukum Memakai Pendakap Gigi



Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya agar menjaga kecantikan dan keindahan tetapi dalam masa yang sama islam juga melarang umatnya dari melakukan sesuatu yang boleh mengubah ciptaan Allah secara kekal.

KELEBIHAN HARI JUMAAT






Hari Jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9)

Monday, 29 December 2014

HUKUM WANITA MENGUKIR HIASAN PADA TANGAN MENGGUNAKAN INAI




Bagaimana hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.

Sunday, 28 December 2014

Pekara Yang Membawa Wanita ke SYURGA




Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

sebab lelaki akan keluarkan air mata !




Lelaki dikenali sebagai makhluk yang kuat. Pandai sembunyikan perasaan dan tidak mudah menangis berbanding wanita. Namun, kenyataan ini boleh disangkal kerana terdapat beberapa situasi lelaki akan menangis walaupun mereka sukar menitiskan air mata.

1. Kematian insan yang tersayang 

Siapakah yang tidak rasa hiba apabila kehilangan orang yang disayangi? Hal ini normal ketika melihat lelaki menangis disebabkan kehilangan orang tersayang, kematian ibu bapa mahupun teman. Jarang sekali lelaki yang tidak menitiskan air mata akibat perkara ini.

2. Kematian haiwan peliharaan 

Walaupun sekadar haiwan peliharaan, lelaki yang sukakan binatang juga akan menitiskan air mata apabila kehilangan haiwan kesayangan. Terutama apabila haiwan itu sudah lama menghabiskan masa bersama.

3. Melihat orang tersayang sengsara 

Lelaki walaupun hatinya keras, mereka akan tewas jika melihat kesengsaraan orang tersayang. Mereka pasti menangis apabila teman atau keluarga kesayangan memilih jalan yang salah. Lelaki akan rasa sedih melihat adiknya yang mengambil dadah atau teman wanitanya yang sakit.

4. Ditinggalkan kekasih hati 

Setiap orang akan rasa sayu dan hiba saat ditinggalkan. Lelaki juga akan tetap menangis apabila ditinggalkan orang tersayang. Akibat kekecewaan dan sakit hati pada tahap kritikal, mereka akan menitiskan air mata kerana tidak dapat menerima kenyataan itu.

5. Pasukan yang diminati kalah 

Kajian menunjukkan ramai lelaki yang meminati sukan. Misalnya, bola sepak, badminton, bola keranjang atau sepak takraw. Bagi peminat tegar permainan ini, lelaki akan rasa melahirkan rasa hampa dan menangis kecewa jika pasukan yang diminati kalah dalam pertandingan.

6. Apabila diterima lamaran 

Lelaki biasanya yang memulakan langkah untuk menambat hati kekasih. Air mata mereka bukan lahir pada saat sedih saja, tetapi juga pada waktu lamaran mereka diterima wanita yang dicintai. Saat yang luar biasa ini menyebabkan lelaki boleh menangis kerana gembira yang teramat.

7. Kelahiran anak pertama 

Wanita mahupun lelaki pasti gembira jika mendapat sesuatu yang berharga dalam hidup mereka. Terutama kehadiran anak lelaki pertama yang pastinya memberikan impak besar dalam rumah tangga. Lelaki pasti akan menangis tanda gembira melihat anak pertamanya lahir.