Monday, 15 December 2014

Raja Ilya Diganggu Makhluk Halus Ketika Penggambaran Filem Jelmaan

PETALING JAYA: Pelakon Raja Ilya mendedahkan diganggu makhluk halus ketika penggambaran filem seram berjudul Jelmaan yang dilakukan di Yogjakarta, Indonesia awal November lalu.

Raja Ilya, 29, berkata, makhluk halus tersebut mengganggunya ketika dia sedang berehat di bilik hotel sehingga menyebabkan dia meracau dan tidak boleh melelapkan mata kerana ketakutan.

"Kami menjalani penggambaran selama sepuluh hari di tempat-tempat yang memang dikenali sebagai berhantu seperti di Borobudur, Candi Prambanan, Parangtritis dan Gunung Merapi.

Ketika dua hari terakhir iaitu di Gunung Merapi ibu jari kaki saya kebas dan ketika di hotel saya meracau-racau dan menangis kerana ketakutan," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, situasi tersebut dikawal oleh seorang pengamal perubatan tradisional yang disediakan khas untuk menjaga kru produksi sepanjang pengambaran berlangsung.

Tambah Raja Ilya, perkara yang sama terjadi sekali lagi ketika dia diminta melakukan adegan dirasuk di sebuah bangunan lama peninggalan penjajah Belanda.

"Hari terakhir penggambaran saya diminta melakukan adegan seperti dirasuk ketika itu pula berada dalam bangunan lama tempan rakyat Indonesia dibunuh oleh penjajah.

"Suasana bangunan itu memang seram, selepas saya selesai adegan itu, seluruh anggota badan saya menggigil tidak boleh berhenti. Saya terus berlari meminta bantuan," ujarnya.

Ia merupakan pengalaman pertamanya diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran.

Filem yang akan disiarkan di Astro First Eksklusif itu dibintangi oleh Keith Foo, Mia Sara dan Rayqal Iskandar.

sumber www.mstar.com.my

Menakjubkan Botol Plastik Dibuat Rumah

Tahukah anda kebijakan penduduk di sebuah kampung yang bernama Yelwa di Nigeria menggunakan bahan binaan yang murah untuk membina sebuah rumah hanya dengan menggunakan botol plastik adalah sangat menakjubkan dan mungkin tidak terfikir oleh kita yang menyangkan diri kita lebih bijak pandai dari mereka.

Kini lebih daripada 20 buah rumah telah dibina dengan botol plastik di kampung tersebut.



Setiap botol plastik diisi dengan tanah kering dan kemudiannya dipadatkan dengan kayu untuk membentuk sejenis 'bata' yang boleh diletakkan sebelah menyebelah dan di atas satu sama lain. Teknologi "botol bata" bermula di India, Selatan dan Amerika Tengah, satu cara pembinaan yang kos yang murah serta mesra alam.

Sumber karyaagungnetwork.blogspot.com

Anggota Trafik IKHLAS, Tolak Pemberian Wang Viral di Facebook

Kuala Lumpur – Tindakan seorang anggota polis trafik membantu menukar tayar kende-raan dipandu seorang wanita yang pancit biarpun sibuk menjalankan tugas menjadi viral di dalam laman-laman media sosial termasuk Facebook.

Keikhlasan anggota polis tersebut yang bernama Hamizon itu jelas terlihat apabila menolak pemberian wang sebagai balasan kepada bantuan yang diberikan oleh suami wanita tersebut.

Menurut pemilik akaun Facebook, Jay Sheelan dalam satu entrinya menyatakan dia tersentuh dengan sikap itu dan berharap ada lebih ramai lagi seperti Hamizon.

Jelasnya, semasa kejadian isterinya memandu kereta berseorangan manakala dia pula sedang dalam perjalanan ke Jalan Kuching.

“Sebelum saya tiba ke lokasi, anggota itu sedang membantu isteri saya menukar tayar. Selepas selesai, saya menghulurkan wang atas pertolongan itu tetapi ditolak secara baik sambil berkata, hari ini saya tolong awak, sekarang giliran awak pula menolong orang lain.

“Terima kasih banyak Shamizon (tidak pasti sama ada nama itu betul atau tidak). Gembira kerana polis trafik mempunyai pegawai seperti ini dan saya bertuah kerana dapat bertemu dengannya,” katanya.

Di dalam akaun Facebook Jay juga turut memaparkan gambar anggota tersebut yang kemudian mendapat pujian daripada pelbagai pihak.

Sementara itu, Utusan Malaysia turut mengesan satu komen daripada anak anggota tersebut Nurul Najihah yang memperbetulkan nama bapanya itu adalah Hamizon bukan Shamizon.

“Itu ayah saya Encik Hamizon.. Haha papa famous (terkenal) lah,” ujarnya.

Kenyataan Nurul Najihah itu yang tersiar di dalam akaun Facebook Friends of BN – Barisan Nasional mendapat respons daripada Jay dan mengucapkan terima kasih banyak dan berharap dapat berjumpa dengan Hamizon sekali lagi.

Sumber www.suara.tv